Monday 17 September 2012

aku sering diuji ALLAH (ujian&dugaan rahsia ALLAH S.W.T

 Kini aku sedar,kenapa dan mengapa aku sering diberi ujian yg berat dalam hidup.sesungguhnya ALLAH S.W.T. lebih mengetahui akan semua ini.MasyaALLAH.
 

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.seperti aku juga yg pernah diberi ujian yg amat berat sekali. Setiap orang pasti pernah merasa saat diuji.Allah menguji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Dalam Al-Quran ALLAH telah berkata yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.Kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.kerana Allah itu Maha Mendengar. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! jadi aku bersyukur kerana sering diberi ujian.sesungguhnya memberikan aku kekuatan dlm hidup ini☺

♥#Dugaan terhebat untuk aku saat perginya AYAH&IBU tersayang,yg x mungkin akan aku jmpa diduniawi ini.sesungguhnya hanya ALLAH yang maha mengetahui :'(



No comments:

Post a Comment